Toyota Sienta, MPV Kompak

289 views

Toyota Sienta merupakan salah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran Toyota yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Walaupun ia merupakan MPV kompak, model ini bersesuaian bagi keluarga yang kecil, dengan 7 tempat duduk dan Toyota Sienta masih mengekalkan ruang dalaman yang luas bagi memberikan keselesaan kepada penumpang untuk tiba di destinasi.

Jika dilihat dari segi luaran, rekaan MPV ini diinspirasikan dari kasut treking bagi mengambarkan kepelbagaian fungsi dan karakter yang dinamik. Salah satu pilihan warna yang boleh didapati ialah warna Oren metalik di mana warna ini sangat bersesuaian dengan model Toyota Sienta bagi menampilkan imej muda yang ceria.

Toyota Sienta ini mempunyai prestasi yang mantap, di mana ia dijanakan oleh enjin yang berkuasa 1.5 liter, empat silinder 16 injap aci sesondol berkembar (DOHC) dan sistem Dual VVT-I yang berkuasa 107 PS/104 Nm. Penggunaan enjin ini memberikan penjimatan yang banyak dalam penggunaan bahan api kepada pemiliknya, seterusnya, mampu menjimatkan wang perbelanjaan bulanan.

Dari segi keselamatan pula, istimewanya Toyota Sienta ini ialah ia mempunyai tiga beg udara keselamatan, iaitu di bahagian penumpang hadapan, bahagian pemandu dan satu diletakkan dibawah stereng. Ini berfungsi untuk melindungi bahagian lutut jika berlakunya kemalangan.

Secara konklusinya, Toyota Sienta amat bersesuaian dijadikan sebagai kenderaan bagi pihak yang berkeluarga kerana mempunyai pelbagai ciri serta tahap keselamatan yang terbaik yang mampu menjamin keselamatan seisi keluarga. Pemanduan ke sesuatu destinasi akan menjadi lebih selesa dan menyeronokkan sama ada destinasi tersebut di bandar mahupun pulang ke kampung halaman.

Reka bentuk Toyota Sienta yang unik

Kunjungi G-Mart Motor yang bertempat di:

G-Mart Motor Sdn Bhd 3S Center

Lot 3402, Jalan Tembusu, Kg. Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Jika anda berminat untuk menjual kereta lama anda atau trade-in, lakukannya dengan mendaftar di:

Jualkereta.my

Muat turun juga aplikasi CarBid di Google Play atau di App Store untuk menyertai sesi bidaan dan miliki kereta idaman anda dengan harga yang berpatutan.

Google Play

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.carbid.gmart&hl=en

App store

https://itunes.apple.com/my/app/carbid/id1413567277?mt=8

Related Post

thumbnail
hover

CARBID B2B PADA 16 MAC

Hai semua! Mari beramai-ramai sertai acara bidaan yang akan diadakan pada 16 Mac ini iaitu pada hari Sabtu dimana acara ini akan bermula pad...

  • Posted by F.H
thumbnail
hover

CARBID BID2BUY

CARBID BID2BUY BIDDING LIST Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai ke CarBid Store Yard Kg. Melayu Subang bermula esok pada jam 9 pagi hingga...

  • Posted by F.H
thumbnail
hover

Kelisa yang Comel & Lincah di...

 Perodua Kelisa merupakan nama yang dikenali ramai bagi rakyat Malaysia, malah, ramai dalam kalangan masyarakat yang turut memilikinya se...

  • Posted by F.H

Leave us a comment