Ratusan ‘Fighter’ di Lelongan Panas G-Mart Sg. Serai

 

Pada hari Rabu bersamaan 30 Januari 2019, telah berlangsungnya aktiviti lelongan hangat yang bermula pada jam 2.30 petang di dewan lelong G-Mart Sg. Serai. Sebanyak 166 unit/lot kenderaan telah dibuka untuk bidaan. Kenderaan bank, syarikat kredit, korporat, bekas GLC dan individu menjadi rebutan para pembida yang tiba seawal jam 12 tengah hari untuk meninjau dan memeriksa kenderaan yang ingin dibida oleh mereka.

                                                                                                           

Honda City yang menjadi rebutan para pembida

Antara kereta yang mendapat sambutan hangat di sepanjang bidaan ini berlangsung adalah kenderaan daripada bank dan kebanyakannya telah berjaya dijual. Salah satu kenderaan yang menjadi sambutan hangat dalam kalangan pembida antaranya adalah Honda City 2015 yang bermula pada harga RM33,700 telah dimenangi dengan harga RM44,000 manakala sebuah Perodua Axia keluaran 2015, pula telah dibida menjangkau harga RM22,000. Tidak kurang juga dengan Perodua Myvi keluaran 2011, harga yang bermula RM16,000 telah terjual dengan harga RM23,000.

Encik Ramlan, selaku pengendali di sepanjang E-Auction berlangsung

Aktiviti bidaan ini telah dikendalikan oleh Encik Ramlan, dimana beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang ini semenjak tahun 1998 sehinggalah kini. Semasa aktiviti bidaan ini berlangsung, seramai 150 orang pembida yang turut serta sama ada secara langsung atau atas talian (online) melalui laman web E-Auction di https://auction.g-mart.my/

Kepada semua pembeli yang ingin menyertai lelongan G-Mart, anda boleh sertainya di G-Mart Sg. Serai pada setiap hari Rabu atau di G-Mart Kg Melayu Subang secara langsung bermula jam 2.30 petang.

Antara kenderaan yang tersenarai dalam E-Auction

Related Post

thumbnail
hover

Toyota Vios, ‘Dolphin & Dugong’ :...

Pada tahun 2003, Toyota telah melancarkan Vios pertamanya di Malaysia  yang dipanggil Vios, model ini juga dikenali sebagai Vios &...

  • Posted by F.H
thumbnail
hover

Rumah terbuka CNY KJB Auto Perodua...

Sempena perayaan tahun Baru Cina tahun ini, KJB Auto – pengedar sah Perodua di bawah Kumpulan G-Mart Corporation akan mengadakan Rumah...

  • Posted by F.H
thumbnail
hover

Nak kereta murah? CarBid jer…

CarBid merupakan suatu aplikasi mudah alih yang bernaung di bawah G-Mart Corporation. Ia merupakan sebuah platform yang bertujuan untuk menj...

  • Posted by F.H

Leave us a comment