Promosi Terengganu Bike Week 2018 di G-Mart Subang

Premis G-Mart Corporation di Kg. Melayu Subang telah digegarkan oleh deruman enjin puluhan motosikal berkuasa besar pada 23hb Feb lalu. Hampir seratus wakil daripada pelbagai kelab motosikal kuasa tinggi dari sekitar Lembah Kelang telah berkumpul untuk manyambut kedatangan YAM Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Tengku Sri Temenggung DirajaTerengganu Darul Iman dan YAM Tunku Dato’ Hasan ibni Tunku Mohamed Archibald, ahli kerabat Johor Darul Takzim.

Majlis tersebut telah dianjurkan bagi tujuan mempromosikan acara Terengganu Bike Week 2018 yang bakal berlangsung pada 30hb Mac hingga 1 April tahun ini. YAM Tengku Baharuddin yang juga merupakan seorang penggemar motosikal berkuasa besar adalah penaung tertinggi Terangganu Bike Week sejak beberapa tahun lepas. Kehadiran beliau bersama-sama YAM Tunku Dato’ Hasan ibni Tunku Mohamed Archibald, ahli kerabat Johor Darul Takzim dan ahli kelab Force Bikerz dari Johor Bahru diterima oleh Tuan Haji Musa Manan, Pengarah G-Mart Corporation Sdn. Bhd.

Majlis petang tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa yang diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Encik Musa. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pihak penganjur yang diketuai oleh Tuan Haji Tarmizi dan penyampaian memorabilia oleh wakil-wakil daripada kelab motosikal yang hadir. Para hadirin mengambil peluang untuk bergambar beramai-ramai bersama ahli keluarga kerabat dah rakan-rakan bikers yang lain selepas menikmati jamuan minum petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Terangganu Bike Week 2018 sila layari FB Terengganu Bike Week , kita jumpa di Ganu kite ya!!

Attachments

Related Post

thumbnail
hover

Toyota Wish from RM92K

It’s the perfect time to get your WISH fulfilled, quite literally. MOSCORP Sdn. Bhd. a subsidiary of G-Mart Corporation Sdn. Bhd. is n...

thumbnail
hover

#2018GrandWishList @ Moscorp Sdn. Bhd.

If you have a growing family and you need a larger car for the weekend trips and running household errands, or heck, if you just want to tre...

thumbnail
hover

PRIME AUCTION Launched

G-Mart Corporation Sdn. Bhd. has launched the PRIME AUCTION located at G-Mart Kg. Melayu Subang auction centre. The PRIME AUCTION is a new a...

Leave us a comment