Acara CarBid B2B 9hb Mac – 100 unit kereta bajet untuk dibida

596 views

Sempena bulan baru ini, CarBid akan mengadakan sebuah acara istimewa yang julung kalinya diadakan bagi anda yang ingin memiliki kereta idaman. Acara ini dipanggil CarBid Bid2Buy di mana objektifnya adalah untuk menghimpunkan sebanyak mungkin kenderaan dan memberi peluang kepada para pembeli untuk membida kenderaan pilihan hati. Pada 6,7 & 8 Mac ini, anda dijemput untuk hadir ke CarBid Store Yard di G-Mart Kg. Melayu Subang. Di sana, anda boleh mencuci mata dengan melihat lebih daripada 100 buah kenderaan yang telah tersusun rapi dan tersedia untuk dibida. Periksalah kereta yang anda inginkan dengan sepuas hati dari bahagian luar kereta hingga ke bahagian dalam sebelum anda membuat pilihan muktamad. Setelah berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, anda bolehlah menyertai sesi bidaan pada keesokan harinya, iaitu 9 Mac menerusi aplikasi CarBid.

Di sana, anda boleh dapatkan kereta-kereta yang menjadi pilihan hati ramai rakyat Malaysia seperti Perodua Kelisa, Perodua Myvi dan Proton Saga. Sudah pasti anda ingin memiliki kereta yang anda idamkan ini dengan harga yang berpatutan, bukan? Jom kita intai harga yang ditawarkan oleh CarBid ini.

Bagi Perodua Kelisa, harga yang paling rendah boleh anda dapatkan adalah bermula pada harga RM 5,000 sahaja bagi Kelisa tahun 2008. Bagi Perodua Myvi pula, dengan harga serendah RM 6,000 sahaja anda boleh membawa pulang Perodua Myvi tahun 2007, manakala dengan harga RM 5,000 pula anda sudah boleh memiliki sebuah Proton Saga tahun 2008. Sangat menjimatkan, mesra poket dan semestinya amat berbaloi untuk anda.

Anda dijamin akan berpuas hati dengan keadaan kereta yang ada di sana kerana semua kereta tersebut telah diperiksa sebaiknya oleh pemeriksa-pemeriksa yang pakar.

Jangan berputih mata jika kereta yang anda inginkan ini terlepas ke tangan orang lain. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini. Anda juga digalakkan untuk datang bersama kawan-kawan dan saudara-mara untuk hadir beramai-ramai pada 9 Mac ini. Luangkan hari anda pada hari itu hanya untuk acara ini.

Muat turun aplikasi CarBid di telefon pintar anda di:

Google Play

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.carbid.gmart&hl=en

atau

App Store

https://itunes.apple.com/my/app/carbid/id1413567277?mt=8

Related Post

thumbnail
hover

CARBID B2B PADA 16 MAC

Hai semua! Mari beramai-ramai sertai acara bidaan yang akan diadakan pada 16 Mac ini iaitu pada hari Sabtu dimana acara ini akan bermula pad...

  • Posted by F.H
thumbnail
hover

CARBID BID2BUY

CARBID BID2BUY BIDDING LIST Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai ke CarBid Store Yard Kg. Melayu Subang bermula esok pada jam 9 pagi hingga...

  • Posted by F.H
thumbnail
hover

Kelisa yang Comel & Lincah di...

 Perodua Kelisa merupakan nama yang dikenali ramai bagi rakyat Malaysia, malah, ramai dalam kalangan masyarakat yang turut memilikinya se...

  • Posted by F.H

Leave us a comment